Tuesday, July 21, 2009

Terima Kasih Ya Allah

2 comments
Terima kasih Ya Allah
Kerana telah memberikan aku petunjuk
Sebelum aku terlajak jauh
Sesungguhnya aku redha

Monday, June 8, 2009

Perginya Ayahanda Tercinta ke SisiNya

3 comments
Tanggal 3 Jun 2009 Abah pergi buat selamanya, meninggalkan kami menyahut seruan Illahi. Petang itu, ku bisikkan kalimah Allah ke telinganya, dan di atas pangkuanku, Abah menghembuskan nafas buat kali terakhir. Kami redha Abah pergi.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Hanya doa mengiringi pemergian Abah ke sana. Moga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Selamat jalan Abah. Al-Fatihah...


Anakmu, KAKAK

Tuesday, May 26, 2009

Berita Ringkas TV RTM Dolu-Dolu

3 comments


Apa yang menariknya berita ringkas tv RTM dolu-dolu selamba wat dalam pejabat. Rasanya macam dalam bilik berita. Tak payah susah-susah nak masuk studio. Baca je berita kat meja sendiri. Hehehehe... Inilah masanya member kat blakang tu interprame. Siap control macho tu. Huh! ye la, bila lagi kan?

Sapa tak kenai dengan pembaca berita RTM, Harjit Singh Hullon yang masih lagi aktif membaca berita TV sehingga ke hari ini. Klip kat atas tuh pun dah tahun 1983.Bayangkan lama tak lama beliau ni jadik pembaca pemberita. Tak tau la plak tahun bila beliau ni mula baca berita, yang pasti sora dia ni 'maintain' ja walau pun usia makin bertambah. Cayalah!