Sunday, September 20, 2009

Wednesday, September 9, 2009

Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda - Raihan & Hujan

0 comments


Satu kolaborasi menarik antara kumpulan nasyid Raihan dan indie band Hujan, maka lahirlah single lagu raya terbaru mereka iaitu Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda. Walau pun dari genre muzik yang berbeza, ternyata ianya tidak mustahil untuk direalisasikan. Syabas di atas kreativiti mereka. Bravo..

Monday, September 7, 2009

Aku Tak Percaya Cinta - Liyana Jasmay

1 comments


Ramai yang tau, Liyana Jasmay sekarang ni dah jadi penyanyi. Padahal sebelum ni dia bermula dengan bidang lakonan. Baru-baru ni pun menang Pelakon Wanita Terbaik dalam filem Papadom arahan Afdlin Shauki di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22). Walau pun bidang nyanyian ni baru lagi pada dia, tapi yang menariknya klip video lagu Aku Tak Percaya Cinta. Syiok jugak la tengok daripada klip video yang ntah apa-apa ntah. Kira boleh layan la. Hehehe...

Thursday, August 27, 2009

Kelibat Si Penyair - Azlan & The Typewriter

1 comments
Buah tangan terbaru daripada Lan bekas vokalis Meet Uncle Hussain yang kini menubuhkan band baru dikenali Azlan & The Typewriter. Adakah Meet Uncle Hussain mampu bertahan dengan ketiadaan Lan yang telah sinonim sebagai vokalis mereka sebelum ini? Apa-apa pun selamat melayan Kelibat Si Penyair dari Azlan & The Typewriter yang sememangnya mantap dalam persembahan Pentas Pilih Kasih akhir baru-baru ini di TV2. Huh...


Kelibat si Penyair

Di atas Kaca
Terpancar Satu cahaya
Berlari Ku Pergi
Untuk Tahu apa Di sana

Suara yang Merdu
Memanggil-manggil namaku
Wangian Terhidu
Menusuk Ke dalam Tubuhku

aaa-aah
Oh-ohhhhh
Oooh-oooh

Yeaahhhyeah
Indahnya Bila
Ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana Dia
Aku Begini
Hidupku penuh Bermakna
Takkan Lagi Mempersiakannya

Di bawah langit
Malam aku hanya sendiri
Ku renung awan
Airmataku berlinangan

Tersentuh Hatiku
Bilaku mendakap kamu
Penyuluh Gelapku
Jalan yang aku tuju

aaa-aah
Oh-ohhhhh
Oooh-oooh

Yeaahhhyeah
Indahnya Bila
Ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana Dia
Aku Begini
Hidupku penuh Bermakna
Takkan Lagi Mempersiakannya

Yeaahhhyeah
Indahnya Bila
Ku celik mata
Bagai hidup semula
Kerana Dia
Aku Begini
Hidupku penuh Bermakna
Takkan Lagi Mempersiakannya.(2x)

aaa-aah
Oh-ohhhhh
Oooh-oooh

aaa-aah
Oh-ohhhhh
Oooh-oooh

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak 1430H

2 comments
Selamat menaiki penerbangan Ramadhan Air bernombor 1430H. Kita akan terbang dengan ketinggian 30/30 hari ke atas permukaan haus dan lapar. Para penumpang diwajibkan untuk memasang niat puasa dan menegakkan kerusi solat. Penerbangan ini bebas asap persilihan. Saya juruterbang bertugas mengucapkan Selamat Menempuh Ramadhan Al-Mubarak.

Saturday, August 15, 2009

Semarak Merdeka 1Malaysia

0 comments
Radio Malaysia LANGKAWIfm bersiaran secara langsung dari Mini Studio sementara di Dataran Pekan Rabu sempena Perhimpunan Semarak Merdeka 1Malaysia. Perhimpunan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Yang Berhormat Dato' Joseph Salang.


Macam besa, maseh GEM :)

Friday, August 14, 2009

Pusing-pusing Langkawi bersama Radio Malaysia LANGKAWIfm

0 comments
Geng Pusing-Pusing Langkawi Bersama Radio Malaysia LANGKAWIfm menjelajah seluruh Langkawi dari 31 Julai 2009 hingga 21 Ogos 2009. Nantikan kemunculan kami ke tempat anda! Pusing, pusing jugak. Yang penting jangan sampai penin no..






Terima kasih tukang amik bideo-GEMINI

Wednesday, August 5, 2009

Hidup Kembali Indah

2 comments
Kejadian modem dipanah petir (sebut betul-betul) dalam keadaan hujan lebat menyebabkan aktiviti melayari Internet terhenti hampir seminggu. Seminggu bagaikan sebulan. Bayangkan keadaan tersebut. Huh.. Namun, segala-galanya kembali normal setelah berjaya mendapatkan modem baru pada harga yang berpatutan. Almaklumlah, dalam keadaan kewangan yang kurang memberangsangkan. Huhuhuhu.. Hidup kembali indah... Jom kita tenet. Lalala...

Tuesday, July 21, 2009

Terima Kasih Ya Allah

2 comments
Terima kasih Ya Allah
Kerana telah memberikan aku petunjuk
Sebelum aku terlajak jauh
Sesungguhnya aku redha

Monday, June 8, 2009

Perginya Ayahanda Tercinta ke SisiNya

3 comments
Tanggal 3 Jun 2009 Abah pergi buat selamanya, meninggalkan kami menyahut seruan Illahi. Petang itu, ku bisikkan kalimah Allah ke telinganya, dan di atas pangkuanku, Abah menghembuskan nafas buat kali terakhir. Kami redha Abah pergi.

Dari Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Hanya doa mengiringi pemergian Abah ke sana. Moga roh Abah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Selamat jalan Abah. Al-Fatihah...


Anakmu, KAKAK

Tuesday, May 26, 2009

Berita Ringkas TV RTM Dolu-Dolu

3 comments


Apa yang menariknya berita ringkas tv RTM dolu-dolu selamba wat dalam pejabat. Rasanya macam dalam bilik berita. Tak payah susah-susah nak masuk studio. Baca je berita kat meja sendiri. Hehehehe... Inilah masanya member kat blakang tu interprame. Siap control macho tu. Huh! ye la, bila lagi kan?

Sapa tak kenai dengan pembaca berita RTM, Harjit Singh Hullon yang masih lagi aktif membaca berita TV sehingga ke hari ini. Klip kat atas tuh pun dah tahun 1983.Bayangkan lama tak lama beliau ni jadik pembaca pemberita. Tak tau la plak tahun bila beliau ni mula baca berita, yang pasti sora dia ni 'maintain' ja walau pun usia makin bertambah. Cayalah!

Saturday, May 23, 2009

Sommersault Berpusing...

3 comments

Ni antara citer Jepun kegemaran aku kecik-kecik dulu. Citer ni dialih ke Bahasa Melayu dan ditayangkan di TV1, pukul 4.30 petang. Memang tak penah miss la. Tido siang pun leh pesan kat mak suh kejut. Kalo tak salah, darjah 4 kot masa tu. Memang layan la tengok citer ni sebab skill dia orang main bola tampar dasat giler. Siap boleh terbang-terbang lagi tu. Skill main bola tampar watak heroin dalam citer tu, Cun ialah Sommersault Berpusing... Pihak lawan konpem kalah sebab taleh nak agak bola tu g mane.

Masa tu, budak-budak pompuan sume minat nak jadik pemain bola tampar gara-gara citer Moero Attack. Asal senam je, main bola tampar. Cikgu pun naik tensen. Lagi satu gaya rambut Cun pun menjadi ikutan. Ingat lagi ada member aku sorang siap bukak tudung masa senam semata-mata nak tunjuk gaya rambut Cun. Aku pun teringin gak, tapi tu la apakan daya rambut pendek. Huahuahua... Biasak la, budak-budak lagi kan masa tu!

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

4 comments
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan para pensyarah yang pernah mengajar saya dari tadika hingga ke kolej. Tidak ketinggalan ustaz dan ustazah yang mengajar ilmu mengaji sampailah khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa kalian yang menjadikan saya sebegini seperti hari ini. Sesungguhnya segala pengetahuan, pengalaman dan kenangan di tempat menimba ilmu ini terlalu mahal harganya.


Tadika Kemas Padang Besar, Perlis

Tadika Kemas Padang Matsirat, Langkawi

Tadika Kemas Polis Marin, Kuah, Langkawi


Sekolah Kebangsaan Kuah, Langkawi

Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor


Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor


Pahang Skills Development Centre, Kuantan, Pahang

Kolej Teknologi Cybernetics, Cheras, Kuala Lumpur


Mungkinkah selepas ini ada lagi senarai tambahan? Hanya rezeki, masa dan keadaan yang menentukan. Tiada titik noktah untuk seseorang itu menuntut ilmu hinggalah tiba ke hembusan nafas terakhir.


Puisi Guru O Guru nukilan Allahyarham Usman Awang pada tahun 1979 untuk semua warga pendidik. Moga tidak jemu untuk terus mendidik anak bangsa.


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

2 comments


Selamat Hari Ibu - Hujan

Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga

Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan

Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji

Wednesday, May 6, 2009

Iklan 70an, 80an & 90an

6 comments
Tengah syok-syok tengok citer, tetiba iklan. Pas tuh baru je sambung citer, dah iklan lagi. Hangin btol! Dan masa ni lah ramai yang ambik kesempatan untuk gi ke toilet la, gi dapur cari makanan untuk dikunyah la dan ada jugak yang gi basuh tangan (sapa tu?). Yang pasti semua aktiviti tersebut dilakukan masa iklan sedang disiarkan dan sebelum bersambungnya kembali citer yang tengah tengok tadi.

Tapi tak dapat dinafikan bahawa iklan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita seharian. Contohnya baru je tengok iklan menu makanan segera terbaru, dah kecur liur. Wah.. sedapnya! Rasa macam nak gi beli dan makan masa tu jugak. Sampai macam tuh skali. Hehehe..

Pernah tak korang terfikir untuk menonton semula iklan-iklan yang penah ditayangkan di kaca tv masa kecik-kecik atau muda-muda dulu? Yang pasti skarang nih iklan tu sumer dah tak dapat tengok kat tv lagi. Biase la, zaman berubah dan iklan pun dan makin mantap kini untuk menarik perhatian orang ramai membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kat sini aku nak share beberapa iklan yang membuatkan sedikit sebanyak korang teringat balik zaman tu. Terima kasih banyak-banyak pada sumber.



Iklan sabun Fab ni dibikin pada tahun 1979. Ini bermakna dah 30 tahun. Pergh.. Aku pun lum dilahirkan lagi. Masa tu tv takde kaler, masih lagi hitam putih. Jangan tak tau pelawak terkenal Allahyarham Yusni Jaafar pun penah jadi model iklan tau. Lagi satu benda yang tak bagus semuanya akan dikategorikan sebagai 'cap X'. Lawak la.



Iklan susu Dutch Lady ni diterbitkan pada tahun 1983. Ianya menjadi salah satu iklan yang sangat popular masa aku kecik-kecik dolu. Bila tengok iklan ni terus nak minum susu padahal memang tak suke pun. Apa yang menarik pada iklan ni ialah perbualan antara dua orang budak tu pada penghujung iklan. Betol tak? Botolll... Huh.. Nostalgia botol la..




Nih pulak iklan sabun Lux yang dibintangi oleh Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pada tahun 1990. Iklan sabun Lux ni memang dah ada trademark sebab suka sangat amik artis popular pada zaman tu untuk dijadikan model iklan. Masa tu tak payah beli pencuci muka macam sekarang ni sebab dengan seketul sabun boleh digunakan untuk badan dan juga muka. Jimat kan!

Monday, May 4, 2009

Keluarga Sakinah

2 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua para pembaca sekalian. Jangan lupa untuk mengikuti rancangan Keluarga Sakinah pada setiap hari Isnin pukul 11.00 pagi bersama Yang Berbahagia Ustaz Abd. Ghani Hussin atau Ustazah Nooraida Nordin. Kepada anda yang mempunyai pelbagai persoalan atau pun kemusykilan mengenai hal kekeluargaan atau pun berdasarkan kepada topik minggu tersebut, ianya boleh diajukan terus semasa rancangan dikeudarakan dengan menghubungi talian 9698533/534. Andai kata malu dan segan untuk bertanyakan secara langsung menerusi telefon, anda juga boleh menghantarkannya menerusi faksimili di talian 9668517. Bersama-samalah kita membina keluarga bahagia yang sakinah. InsyaAllah.. :)

Sunday, May 3, 2009

Berlegar-legar di Ruang Udara Langkawi

4 comments
Huh.. pengalaman yang agak ngeri. Orang yang dah biase lain citer la. Masalahnya akak memang tak biase. Perjalanan dari Subang menaiki pesawat Firefly yang sepatutnya memakan masa perjalanan sejam 10 minit bertukar menjadi sejam 25 minit gara-gara hujan lebat di bumi Mahsuri. Kalau penerbangan patah balik gi Penang lain citer. Ini tak, boleh pulak berlegar-legar di ruang udara Langkawi selama 15 minit. Dah la kat bawah tu laut luas terbentang. Huahuahua... Duduk pun dah resah-gelisah, serba tak kena. Macam-macam ayat kuar, abeh dibaca. Patut la tak landing-landing, musykil betul. Padahal pramugari dah kabo tak lama lagi dah nak landing. Pilot pun mintak mahap sebab tak bagitau awal-awal. Katanya ujan lebat giler kat Langkawi. Penumpang kat dalam tuh leher dah macam zirafah. Tertinjau-tinjau kat luar tak kira la orang kita atau pun pelancong asing. Macam kelakar pun ada tapi bila dah selamat landing, pergh lega... Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Syukur alhamdulillah! Akhirnya, Langkawi aku dah balik... Lalalalala...

Jadi Tetamu Rancangan KLiK-KLiK?

0 comments
Teringin nak jadi salah seorang tetamu rancangan KLiK-KLiK? Ish.. buleh sangat. Tak dak masalah aih. Kriteria utama, ampa semua kena la jadi ahli KLiK Lfm dulu. Pas tu baru buleh jadi tetamu jemputan bersama dj kesayangan ghamai, sapa lagi kalo bukan PKZ. (bukan Pusat Kutipan Zakat no). Pada yang tak jadi ahli KLiK Lfm lagi, macam ni cagha dia. Taipkan KLIKLFM, jarakkan dan taip nama samaran anda seterusnya hantar ke 36600. Senang ja. Janji henpon ada kredit atau pun line talipon tak kena block. Mokalo dak, sesia je la macam mangkuk sia hat dok boh nasik ngan lauk tu.

Ianya terbuka sepanjang tahun 2009 di mana rancangan KLiK-KLiK disiarkan pada setiap hari Sabtu pukul 9.15 minit malam selama 45 minit. Menerusi rancangan ini anda semua berpeluang berinteraksi bersama dj bertugas dan juga ahli-ahli KLiK Lfm lain yang menghubungi talian. Masa ni la ampa suma leh tunjuk bakat terendam masing-masing sama ada nak berlakon, menyanyi, bersajak, berpantun, bersyair, gurindam, seloka atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Sapa-sapa yang berminat tu, buleh la hubungi saya (DJ Nurul) atau pun DJ PKZ sewaktu kami bertugas di konti menerusi talian 9698533/534. Sekian, terima kasey... (Sila baca dengan nada ala David Arumugam Kumpulan Alleycats).

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja

0 comments
Selamat Hari Pekerja diucapkan kepada semua para pekerja. Tidak kiralah walau apa pun pekerjaan anda sama ada daripada peringkat bawahan hinggalah ke pihak atasan. Kedua-duanya saling memerlukan untuk mengukuhkan lagi sesuatu jabatan atau organisasi. Jika tidak, pincanglah ia! (serius ni).


Kepada yang masih lagi tanam anggur tu, macam mana? dah ada hasil ke? bak sekilo! huahuahua... Kalau takde keje, carilah keje. Memang tak dapat nak dinafikan, skang nih memang susah nak carik keje. Tak payah la nak pilih-pilih sangat. Keje dulu apa yang ada, sambil-sambil tu bleh la cari peluang lain yang lebih baik. Paling penting loan masa study dulu kena la bayo. Jangan wat lupa lak. (aiyark!loan MARA yang bulan lepas lum bayo lagi la.eheks..)


Tahniah pada adik-adik yang dapat masuk U, kalo tak dapat takpe. Banyak lagi peluang lain yang ada. IPTS bersepah tapi kena tengok la dulu sama ada course yang nak amik tu ada MQA ke takde. Karang dah penat-penat blajo, skali takde MQA. Sape yang susah? Sendirik mo ingat la ek! :p

Wednesday, April 29, 2009

Nak blog sangat? amik nih! huhuhu...

0 comments
ape ke bende blog tuh? sana-sini orang sebuk nak berblog. nak jadik blogger la kununnya. blog ni dah lama. cuma skang nih dah makin meriah. tapi kalo ada blog takat nak ikut trend, haram tak update, baik tak payah. takde maknanya... termasuklah aku, wakakakakaka... whatever! disebabkan ARAHAN kena la ikut. taraa.. inilah hasilnya yang tak seberapa. korang dedoa la. moga-moga terbukak ati aku nak update benda alah ni slalu. chiow