Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan para pensyarah yang pernah mengajar saya dari tadika hingga ke kolej. Tidak ketinggalan ustaz dan ustazah yang mengajar ilmu mengaji sampailah khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Terima kasih yang tidak terhingga di atas jasa kalian yang menjadikan saya sebegini seperti hari ini. Sesungguhnya segala pengetahuan, pengalaman dan kenangan di tempat menimba ilmu ini terlalu mahal harganya.


Tadika Kemas Padang Besar, Perlis

Tadika Kemas Padang Matsirat, Langkawi

Tadika Kemas Polis Marin, Kuah, Langkawi


Sekolah Kebangsaan Kuah, Langkawi

Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru

Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor


Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor


Pahang Skills Development Centre, Kuantan, Pahang

Kolej Teknologi Cybernetics, Cheras, Kuala Lumpur


Mungkinkah selepas ini ada lagi senarai tambahan? Hanya rezeki, masa dan keadaan yang menentukan. Tiada titik noktah untuk seseorang itu menuntut ilmu hinggalah tiba ke hembusan nafas terakhir.


Puisi Guru O Guru nukilan Allahyarham Usman Awang pada tahun 1979 untuk semua warga pendidik. Moga tidak jemu untuk terus mendidik anak bangsa.


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

4 comments:

  1. kudin_smail19/5/09 4:26 PM

    ish..ishh..tadika start umoq berapa 3 thn ka...mengaji quran ka muqaddam yg khatam...hehehe jgn mare no...amoihh depa tu nak pi mengaji lagi no....kan ke lanie dah MASTER...nak sambung lagi ka?

    ReplyDelete
  2. tadika start masa 5 thn.. dh slalu pindah randah, cam nih la jadik.. master apa? kung fu master ka? huahuahua..

    ReplyDelete
  3. kudin_smail20/5/09 3:47 PM

    yer ler master....kan dah master mana leh join ngan serangga dah.......hahahhahaha

    ReplyDelete
  4. aku hanya serangga? erm..

    ReplyDelete