Sunday, May 3, 2009

Jadi Tetamu Rancangan KLiK-KLiK?

Teringin nak jadi salah seorang tetamu rancangan KLiK-KLiK? Ish.. buleh sangat. Tak dak masalah aih. Kriteria utama, ampa semua kena la jadi ahli KLiK Lfm dulu. Pas tu baru buleh jadi tetamu jemputan bersama dj kesayangan ghamai, sapa lagi kalo bukan PKZ. (bukan Pusat Kutipan Zakat no). Pada yang tak jadi ahli KLiK Lfm lagi, macam ni cagha dia. Taipkan KLIKLFM, jarakkan dan taip nama samaran anda seterusnya hantar ke 36600. Senang ja. Janji henpon ada kredit atau pun line talipon tak kena block. Mokalo dak, sesia je la macam mangkuk sia hat dok boh nasik ngan lauk tu.

Ianya terbuka sepanjang tahun 2009 di mana rancangan KLiK-KLiK disiarkan pada setiap hari Sabtu pukul 9.15 minit malam selama 45 minit. Menerusi rancangan ini anda semua berpeluang berinteraksi bersama dj bertugas dan juga ahli-ahli KLiK Lfm lain yang menghubungi talian. Masa ni la ampa suma leh tunjuk bakat terendam masing-masing sama ada nak berlakon, menyanyi, bersajak, berpantun, bersyair, gurindam, seloka atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Sapa-sapa yang berminat tu, buleh la hubungi saya (DJ Nurul) atau pun DJ PKZ sewaktu kami bertugas di konti menerusi talian 9698533/534. Sekian, terima kasey... (Sila baca dengan nada ala David Arumugam Kumpulan Alleycats).

No comments:

Post a Comment