Wednesday, May 6, 2009

Iklan 70an, 80an & 90an

Tengah syok-syok tengok citer, tetiba iklan. Pas tuh baru je sambung citer, dah iklan lagi. Hangin btol! Dan masa ni lah ramai yang ambik kesempatan untuk gi ke toilet la, gi dapur cari makanan untuk dikunyah la dan ada jugak yang gi basuh tangan (sapa tu?). Yang pasti semua aktiviti tersebut dilakukan masa iklan sedang disiarkan dan sebelum bersambungnya kembali citer yang tengah tengok tadi.

Tapi tak dapat dinafikan bahawa iklan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita seharian. Contohnya baru je tengok iklan menu makanan segera terbaru, dah kecur liur. Wah.. sedapnya! Rasa macam nak gi beli dan makan masa tu jugak. Sampai macam tuh skali. Hehehe..

Pernah tak korang terfikir untuk menonton semula iklan-iklan yang penah ditayangkan di kaca tv masa kecik-kecik atau muda-muda dulu? Yang pasti skarang nih iklan tu sumer dah tak dapat tengok kat tv lagi. Biase la, zaman berubah dan iklan pun dan makin mantap kini untuk menarik perhatian orang ramai membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.

Kat sini aku nak share beberapa iklan yang membuatkan sedikit sebanyak korang teringat balik zaman tu. Terima kasih banyak-banyak pada sumber.



Iklan sabun Fab ni dibikin pada tahun 1979. Ini bermakna dah 30 tahun. Pergh.. Aku pun lum dilahirkan lagi. Masa tu tv takde kaler, masih lagi hitam putih. Jangan tak tau pelawak terkenal Allahyarham Yusni Jaafar pun penah jadi model iklan tau. Lagi satu benda yang tak bagus semuanya akan dikategorikan sebagai 'cap X'. Lawak la.



Iklan susu Dutch Lady ni diterbitkan pada tahun 1983. Ianya menjadi salah satu iklan yang sangat popular masa aku kecik-kecik dolu. Bila tengok iklan ni terus nak minum susu padahal memang tak suke pun. Apa yang menarik pada iklan ni ialah perbualan antara dua orang budak tu pada penghujung iklan. Betol tak? Botolll... Huh.. Nostalgia botol la..




Nih pulak iklan sabun Lux yang dibintangi oleh Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pada tahun 1990. Iklan sabun Lux ni memang dah ada trademark sebab suka sangat amik artis popular pada zaman tu untuk dijadikan model iklan. Masa tu tak payah beli pencuci muka macam sekarang ni sebab dengan seketul sabun boleh digunakan untuk badan dan juga muka. Jimat kan!

6 comments:

  1. kudin_smail7/5/09 1:06 PM

    adesss..satu artikel yg meenarik....kenangan tuh..mana dapat idea aaaa penin...brilliant la pala otak depa...

    ReplyDelete
  2. eceh.. kenangan tuh.. mesti kudin dok tringat time dolu2 kan.. eheks..

    ReplyDelete
  3. kudin_smail9/5/09 2:11 PM

    uitt..x updated blog ke....hehehehe
    kebizian sesangat ke...

    ReplyDelete
  4. besa la.. wat2 bz.. eheks.. :p

    ReplyDelete
  5. waaa...terer gak idea ni..ekekeke...


    mimi...

    ReplyDelete
  6. lorr.. mimi ka? ingat kot sapa la tanpa nama nih.. hehe.. maseh..

    ReplyDelete