Friday, April 16, 2010

Akhirnya.. Rangkuman Hampir Setahun

Mak aii.. lame bebeno tak update benda alah blog ni.. hampir-hampir hilang ingatan la jugak nak memikir pwd. tapi tu la.. nasib baik agak bijak jugak la.. wakakaka.. masuk lif, tekan sendirik.. ada aku kesah? huh.. ntah macam mana di pagi yang indah ini tetiba leh terbukak ati nak wat senaman jari.. bukan ada apa sangat pun nak taip.. tapi tak kisah la, blasah jek..
Perkembangan terbaru sekarang semakin berkembang.. (sangat sihat walafiat).. dari segi kerja pulak sebenarnya dah pun berjawatan tetap. Alhamdulillah dah rezeki agaknya.. Thank you Allah.. tanggal 2 Nov 2009 pastinya tak akan dilupakan sampai bebila.. kadang-kadang macam tak caye je.. bio btol dah dpt keje tetap ngan gomen ni.. tapi bila tiap-tiap hari kena bangun pagi, hakikat itu diakui jua akhirnya.. sendirik mau ingat la.. masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan suasana dalam bilik Rakam Khanah.. tapi dengan kewujudan sedia ada Ira Fazira dalam bilik tu, makin bersemangat jugak la untuk bergossip.. huhuhu.. kantoi!

Sebelum ni diberi amanah untuk menerbitkan rancangan Variasi.. sempat jugak la sibuk meng'interview' artis dalam masa tiga bulan.. Antaranya Zehra Zambri (AA yang tolong cover konti time tuh.. thanx bro..), Ezad (x-Exist) n Joanna, Altimet, Akbar, Neves Pretty Ugly, Andy Flop Poppy, Dayang Nurfaizah, Imran Ajmain, Esma Daniel, Daly Ahli Fiqir, Rizu OIAM, Han OIAM & sape lagi yek? lupe dah.. ke tuh je.. hehehe.. walau pun tak sehebat sha sha (haruslah..) tapi redah je.. yang penting 'on air' ok.. Tq la pada rakan-rakan dari syarikat rakaman yang banyak membantu termasuk Azahari dan Najib. Cari sendirik kat fb pun ada jugak.. tu la gunanya teknologi kan..

Carta Hits pun macam tu.. sempat la jadik penerbit kejap.. dan sekarang dah kembali pada Ain.. selamat mengira kekerapan dj-dj boh lagu la Ain no.. hehehe.. (tq jugak bagi pinjam buku teks hat tebai-tebai tu untuk exam JPA)
Sebelum ni seminggu sekali bergandingan bersama Sham dalam Nikmat Kehidupan setiap hari Khamis.. tapi bermula April ni, pasangan telah bertukar kepada Che Nani.. bila dedua suara hawa yang kedengaran di pagi hari, lain la jadiknya.. Topik yang diketengahkan sebelum ni pasal MAKAN (sangat sehsuai dengan kami) dan APABILA PASANGAN LEBIH BERUSIA (dan agak sehsuai dengan orang tuh la jugak).. bleh ke tidak pihak keluarga sebelah sana menerima seadanya.. Respons boleh tahan.. sekurang-kurangnya untuk topik semalam berupaya lari sket daripada pemanggil tetap.. apa pun.. terus beri sokongan kepada kami..
Selain daripada tu, bergandingan dengan sorang lagi dj iaitu Lynn Anim untuk program Salam Komuniti setiap Selasa.. kalau seblum ni Lynn bergandingan bersama AA, mulai bulan ni bersama NRR la plak.. (dah macam MGR lak munyik).. pastinya gandingan bersama rakan-rakan dj ni mencatat sejarah baru dalam hidup masing-masing sebab kali pertama dipertemukan di ruang udara dalam satu program pepagi camnih..
Segmen Santai pun dah diterbitkan kembali.. memang segmen ni takleh jauh kot.. pusing-pusing, dapattt balik.. nak tau lokasi menarik dalam negara untuk dikunjungi, jangan lupa dengaq radio hari Sabtu pukui 8 pagi.. InsyaAllah Sabtu ni kita pi Perlis.. seblum p AS hari tuh dan jugak la jalan-jalan kat Perlis Indera Kayangan.. dalam-dalam tak mau pi Padang Besaq, terlajak jugak akhirnya.. teringat kenangan kecik-kecik dulu masa dok sana..
Masa bulan Mac seblum ni pun agak sibuk dengan Pusing-Pusing Langkawi bersama RMLfm sampai penin.. huahuahua.. mana taknya, dengan keadaan cuaca yang sangat panas, begitu menguji kesabaran semua orang.. tapi syukurlah, semuanya berjalan dengan lancar.. kita tunggu rating terbaru.. di manakah kedudukan stesen kita agaknya?
Lagi satu kursus pertama yang diikuti selepas bergelar penjawat awam ni adalah Kursus Penyampaian Radio Kreatif Siri Kedua.. ingat kan dapat la pegi KL.. ropa-ropanya wat kat Langkawi ja.. takpa la.. len kali la kot no.. banyak jugak la pengetahuan dan pengalaman yang dikutip sepanjang kursus tu.. mana taknya, tenaga pengajar semua otai-otai termasuk la boss sendirik..
Sesuatu yang agak ralat, apabila tak dapat nak hantar Baby ke airport masa dia nak balik pindah ke Labuan.. apakan daya, kursus tak abeh lagi masa tu.. moga Baby berbahagia di kampung halaman walau pun jauh dari suami tercinta.. cobaan.. (hutang akak pada B nanti akak settle yek) ;p

Beberapa hari yang lepas baru saja menempuh peperiksaan JPA untuk pengesahan dalam jawatan.. nasib baik kat Loq Staq, tak payah p KL.. maklum la.. keadaan kewangan tak berapa nak mengizinkan.. eheks.. kita tunggu dan lihat la keputusannya nanti.. jeng jeng jeng.. serem.. (tq jugak pada Az yang sudi tumpangkan keta untuk p lokasi periksa) kalo harap tuan punya badan yang menaip ni pi sendirik, ada harapan tersesat dalan terang di Bandaraya Alor Setar.. penin aih..
Erk.. dalam-dalam tak tau nak menaip apa.. berjela la jugak.. balas dendam ke ape? ni ala-rangkuman setahun la kot.. huhuhuhu.. yang paling penting terus mendengar Radio Malaysia LANGKAWIfm, Ya UntukMu!.. nak dengaq online pun bleh, jangan malu, jangan segan layari http://www.langkawifm.gov.my/.. bila pulak nak update blog ni? tunggu la mood rajin kembali lagi.. sekian.. Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia.. lalalala..
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN RTM YANG KE-64... RTM TETAP UNGGUL!

3 comments:

  1. salam. rul. pa habaq? sihat la noh?
    rul nak tau waktu2 yg betul2 rul on air..sbb nk dengar ikut radio xbole kt penang..xdpt. jadi dengaq kot online ja la. sbb tu nk tau waktu2 yg betul rul on air. ok tata. salam

    ReplyDelete
  2. lama sungguh menunggu..:-)

    ReplyDelete
  3. abang hodoh : wsalam.. habaq baik.. telebeh sht.. utk bulan ni.. selasa (6am-10am), rabu (6pm-9pm), khamis (8am-12pm) dan sabtu (6am-9am).. harap maklum.. tq.. wslm..

    saku emas : ada jugak ka orang yang dok tunggu? tq..

    ReplyDelete