Sapa tak kenai dengan pembaca berita RTM, Harjit Singh Hullon yang masih lagi aktif membaca berita TV sehingga ke hari ini. Klip kat atas tuh pun dah tahun 1983.Bayangkan lama tak lama beliau ni jadik pembaca pemberita. Tak tau la plak tahun bila beliau ni mula baca berita, yang pasti sora dia ni 'maintain' ja walau pun usia makin bertambah. Cayalah!
Tuesday, May 26, 2009
Berita Ringkas TV RTM Dolu-Dolu
Sapa tak kenai dengan pembaca berita RTM, Harjit Singh Hullon yang masih lagi aktif membaca berita TV sehingga ke hari ini. Klip kat atas tuh pun dah tahun 1983.Bayangkan lama tak lama beliau ni jadik pembaca pemberita. Tak tau la plak tahun bila beliau ni mula baca berita, yang pasti sora dia ni 'maintain' ja walau pun usia makin bertambah. Cayalah!
Saturday, May 23, 2009
Sommersault Berpusing...
Ni antara citer Jepun kegemaran aku kecik-kecik dulu. Citer ni dialih ke Bahasa Melayu dan ditayangkan di TV1, pukul 4.30 petang. Memang tak penah miss la. Tido siang pun leh pesan kat mak suh kejut. Kalo tak salah, darjah 4 kot masa tu. Memang layan la tengok citer ni sebab skill dia orang main bola tampar dasat giler. Siap boleh terbang-terbang lagi tu. Skill main bola tampar watak heroin dalam citer tu, Cun ialah Sommersault Berpusing... Pihak lawan konpem kalah sebab taleh nak agak bola tu g mane.Masa tu, budak-budak pompuan sume minat nak jadik pemain bola tampar gara-gara citer Moero Attack. Asal senam je, main bola tampar. Cikgu pun naik tensen. Lagi satu gaya rambut Cun pun menjadi ikutan. Ingat lagi ada member aku sorang siap bukak tudung masa senam semata-mata nak tunjuk gaya rambut Cun. Aku pun teringin gak, tapi tu la apakan daya rambut pendek. Huahuahua... Biasak la, budak-budak lagi kan masa tu!
Saturday, May 16, 2009
Selamat Hari Guru
Tadika Kemas Padang Besar, Perlis
Tadika Kemas Padang Matsirat, Langkawi
Tadika Kemas Polis Marin, Kuah, Langkawi
Sekolah Kebangsaan Kuah, Langkawi
Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru
Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor
Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 1, Johor
Pahang Skills Development Centre, Kuantan, Pahang
Kolej Teknologi Cybernetics, Cheras, Kuala Lumpur
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Sunday, May 10, 2009
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Ibu - Hujan
Dengarkanlah lagu, lagu ku ini
Ikhlas dari hati hanya untuk mu
Aku lah anak mu, anak mu yang selalu
Memelukmu menciummu
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Kau tak tahu ku sentiasa bersyukur
Punyai pari-pari iaitu kamu
Ku pastikan agar kau sentiasa bahagia
Inginku nyatakan kau milik syurga
Memang banyak dosa yang telah ku lakukan
Menyakiti dikau ku mohon maafkan
Selamat hari ibu, ku ucap kepada mu
Walau ku jauh disiniku harap kau terus
Menanti kepulangan ku tuk menemani
Mu hingga ke akhir nanti, aku janji
Wednesday, May 6, 2009
Iklan 70an, 80an & 90an
Tapi tak dapat dinafikan bahawa iklan memberi pengaruh yang besar dalam kehidupan kita seharian. Contohnya baru je tengok iklan menu makanan segera terbaru, dah kecur liur. Wah.. sedapnya! Rasa macam nak gi beli dan makan masa tu jugak. Sampai macam tuh skali. Hehehe..
Iklan sabun Fab ni dibikin pada tahun 1979. Ini bermakna dah 30 tahun. Pergh.. Aku pun lum dilahirkan lagi. Masa tu tv takde kaler, masih lagi hitam putih. Jangan tak tau pelawak terkenal Allahyarham Yusni Jaafar pun penah jadi model iklan tau. Lagi satu benda yang tak bagus semuanya akan dikategorikan sebagai 'cap X'. Lawak la.
Iklan susu Dutch Lady ni diterbitkan pada tahun 1983. Ianya menjadi salah satu iklan yang sangat popular masa aku kecik-kecik dolu. Bila tengok iklan ni terus nak minum susu padahal memang tak suke pun. Apa yang menarik pada iklan ni ialah perbualan antara dua orang budak tu pada penghujung iklan. Betol tak? Botolll... Huh.. Nostalgia botol la..
Nih pulak iklan sabun Lux yang dibintangi oleh Ratu Jazz, Datuk Sheila Majid pada tahun 1990. Iklan sabun Lux ni memang dah ada trademark sebab suka sangat amik artis popular pada zaman tu untuk dijadikan model iklan. Masa tu tak payah beli pencuci muka macam sekarang ni sebab dengan seketul sabun boleh digunakan untuk badan dan juga muka. Jimat kan!